


Jabatan Pengajian Islam
Jabatan Pengajian Islam di Pusat Tingkatan Enam Meragang memainkan peranan penting dalam membekalkan pelajar-pelajar dengan pemahaman mendalam terhadap nilai-nilai agama Islam.
Melalui kursus yang komprehensif ini, pelajar-pelajar mempelajari ajaran Islam, sejarah Islam, dan etika. Jabatan ini membina kesedaran spiritual, pemikiran kritis, dan kecemerlangan akademik, serta menyediakan pelajar-pelajar untuk peranannya dalam masyarakat berlandaskan nilai-nilai Islam.
Pensyarah-Pensyarah

Cg. Dr Haji Azrin bin Haji Tunjang
Ketua Jabatan

Cg. Hjh Norsiah binti Hj Amin
​

Cg. Abd. Tamin bin Hj Sani
Penolong Ketua Jabatan

Cg. Zeti binti Hj Abu Bakar
​

Cg. Shahrul Aminan bin Hj Mohiddin
​

Cg. Norah binti Haji Awang Suhaili
Ketua Guru JPI

Cg. Rahayu binti Hj Abdul Rahman
​
Syariah
9018
Diantara topik-topik yang akan dipelajari adalah seperti berikut:
-
Bahagian Muamalat
-
Bahagian Munakahat
-
Bahagian Sejarah Perundangan Islam
-
Bahagian Usul Fiqh
Peluang untuk meneruskan/melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti KUPU SB. Walaupun peluang untuk memasuki UBD adalah terhad, tetapi matapelajaran syariah juga mempunyai kelebihan sebagai subjek bantuan dalam mengikuti kursus-kursus di UBD.
Bagi pelajar yang ingin mengikuti kursus sarjana Muda Syariah di UNISSA dalam bidang “Business” aliran “English” mestilah lulus dalam matapelajaran Bahasa Arab GCE O-level, Syariah dan satu “English Subject”.
Kerjaya di Jabatan-jabatan Kerajaan seperti di Jabatan Pengajian Islam dan juga swasta.
​
KANDUNGAN KURSUS
​
Kursus ini terbahagi kepada dua kertas :
Kertas 1 mengandungi 2 bahagian :
-
Bahagian A : MUAMALAT
-
Bahagian B : MUNAKAHAT
Bahagian Muamalat kebanyakannya membicarakan maslahat-maslahat umum di dalam kehidupan harian, misalnya dalam masalah jualbeli, riba, gadaian, Syarikat, Ijarah, Hibah, waqaf, wasiat, faraidh.
Bahagian Munakahat membicarakan soal kehidupan di dalam rumah tangga misalnya dalam hal peminangan, perkahwinan, hidup bersuami isteri dan lain-lain yang berhubung dengannya.
====================================================
Kertas 2 juga mengandungi dua bahagian:
-
Bahagian A : SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
-
Bahagian B : USUL FIQH
Bahagian Sejarah Perundangan Islam membicarakan suasana perundangan di zaman Rasulullah, sahabat dan imam-imam Mujtahidin, membicarakan sumber hukum Islam, mazhab-mazhab terkenal dalam Ilmu Fiqh juga mengetahui sejarah perkembangan perundangan Islam.
Bahagian Usul Fiqh menghuraikan cara-cara pengambilan hukum dari dalil-dalil yang sahih, membahaskan kaedah-kaedah hukum syarak juga menjelaskan sumber hukum Islam yang tidak disepakati.
PENILAIAN & PEPERIKSAAN
Kertas
1
2
Bahagian A
Muamalat dan Faraidh (5 soalan)
Sejarah Perundangan Islam
(5 soalan)
Bahagian B
Munakahat
(4 soalan)
Usul Fiqh
(4 soalan)
Calon wajib menjawab 5 SOALAN, 3 soalan dari Bahagian A dan 2 soalan dari Bahagian B.
Peruntukan masa: 3 jam bagi setiap kertas.
​
Pemarkahan:
-
Markah penuh 100%.
-
Bahagian A (60%) dan Bahagian B (40%)
Usuluddin
9019
Kursus ini terbahagi kepada dua kertas dan membincangkan topik-topik seperti:
-
Bahagian Tauhid
-
Bahagian Tasauf dan Falsafat
-
Ulum Al-quran dan Mustalah Hadith
-
Tafsir dan Hadith
Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran usuluddin atau adalah syarat utama kemasukan ke KUPU SB, seperti Diploma tertinggi dalam Pengajian Islam, tetapi bagi yang mempunyai kelulusan keduan-duannya boleh mengikuti program Sarjana Muda Pengajian Islam.
Kerjaya di Jabatan-jabatan Kerajaan seperti di Jabatan Pengajian Islam, Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah & Bank-bank Islam.
​
KANDUNGAN KURSUS
​
Pelajaran ini terbahagi kepada dua kertas :
Kertas 1 mengandungi 2 bahagian :
-
Bahagian A : TAUHID
-
Bahagian B : TASAUF DAN FALSAFAT
Bahagian Tauhid kebanyakannya membicarakan rukun iman, keesaan Allah, kewujudan malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab dan perkembangan pelbagai mazhab dalam ilmu Tauhid.
Bahagian Tasauf dan falsafat. Menghuraikan pengertian tasauf dan perkembangannya, perbezaan antara syariat, tarikat, hakikat dan makrifat, tafsiran wihdatul wujud, liqa dan rukyah, pengajaran kerohanian dalam kehidupan dan menjauhi perbuatan yang boleh membawa kecelakaan serta perkembangan falsafah Islam.
====================================================
Kertas 2 juga mengandungi dua bahagian:
-
Bahagian A : ULUM AL-QURAN & MUSTALAH HADITH
-
Bahagian B : TAFSIR & HADITH
Bahagian Ulum Al-quran dan Mustalah Hadith membicarakan perbezaan ayat makkiyah dan madaniyah, sejarah pengumpulan al-quran dan cara pembentukannya, kedudukan hadith sebagai sumber hukum ke 2, cara pengumpulan dan penggunaan istilah dalam hadith.
PENILAIAN & PEPERIKSAAN
Kertas
1
2
Bahagian A
Tauhid
(5 soalan)
Ulumul Quran dan Mustalah Hadith
(5 soalan)
Bahagian B
Tasauf dan falsafat
(4 soalan)
Tafsir dan Hadith
(4 soalan)
Calon wajib menjawab 5 SOALAN, 3 soalan dari Bahagian A dan 2 soalan dari Bahagian B.
Peruntukan masa: 3 jam bagi setiap kertas.
Pemarkahan:
Markah penuh 100%.
Bahagian A (60%) dan Bahagian B (40%)